Monday, August 30, 2010

Saturday, August 28, 2010

Friday, August 27, 2010

Tuesday, August 17, 2010

L.U-instinct

Seni bercinta adalah seni pengurusaan. Bercinta adalah mengurus ego seseorang yang kita cintai. Kita mengurus keperluan-keperluan emosi, psikologi dan sosialnya. Asas pengurusannya ialah 'Buat, buat dan buat serta Cuba, cuba dan cuba'. Dengan pengurusan begini ego seseorang yang kita kasihi akan sihat, segar dan bertenaga oleh apa yang kita lakukan padanya. Begitu juga sebaliknya. Egonya akan sakit, rosak dan binasa oleh apa yang kita lakukan. Bukan oleh apa yang kita niat dan rancang. Maka yang penting di sini ialah 'buat'bang. Cinta kita juga tambah mendalam. Sikap kita yang pandai mendengar dengan penuh perasaan sebenarnya adalah satu pengiktirafan terhadap dirinya. Ingat! Pengiktirafan adalah perkara penting dan paling mujarab untuk perkembangan diri dan peribadi orang yang kita cintai. Apabila kita bercakap, buktikan padanya kita memang mempunyai keyakinan terhadap diri dan bakatnya. Dengan sikap begini kita mendidiknya untuk belajar dari kesilapan dan pengalaman lampau. Dan apabila dia berjaya ucapkan tahniah dengan ikhlas. Ucaplah puji-pujian dengan kuat dan jelas, Biar dia tahu kita menghargai dia. Kita tidak membohongi dia. Percakapan yang suka didengar orang ialah percakapan yang membawa keseronokan dan kebahagian. Orang yang seronok dan bahagia akan melakukan perkara-perkara yang positif. Lebih penting daripada kepandaian bercakap atau mengucapkan kata yang betul dan manis ialah kepandai mendengar. Untuk menambat hati orang yang kita cintai, lakukanlah perkara-perkara berikut apabila dia bercakap sebagai membuktikan kita pandai mendengar dengan baik. Apabila dia bercakap tumpukan perhatian kita tanpa berbelah bagi. Dengan ini kita telah memberitaunya yang dia adalah orang yang paling penting dalam dunia. Apa yang diucap dan dicakapkan amat bermakna kepada diri dan kehidupan kita. Kalau kita benar-benar berminat dengan apa yang di ucap dan dicakapkan buktikanlah melalui pergerakan badan kita. Tegak dan condongkan badan kita kearah dirinya apabila kita mendengar percakapannya. Tindakan ini menunjukkan yang kita bukan hanya menghormati dirinya tapi juga menghargai isi percakapanya. Biarkan dia habiskan percakapanya sebelum kita berkata sesuatu. Jangan sambung ayat-ayatnya seolah-olah kita tau apa yang nak di ucapkan. Jangan menyampuk dia dengan kata-kata yang terlintas di kepala kita. Untuk apa kita berebut-rebut hendak bercakap seolah-olah tidak ada masa lagi sedangkan kita hendak sehidup dan semati bersamanya. Jika orang yang hendak kita tambatkan hatinya bercakap tentang masalah yang sedang dialami, hati-hati jangan cepat memberi pendapat atau mengemukan cadangan penyelesaian. Ingat! Orang yang sedang bercakap dengan kita buka kerana dia perlukan nasihat atau cadangan daripada kita. Dia mungkin cuma perlukan sepasang telinga yang pandai mendengar, disertai oleh perasaan yang sanggup mengambil berat tentang dirinya. Itu sahaja! Dan mungkin dia tidak memerlukan nasihat atau cadangan penyelesaian daripada kita. Dia luahkan masalahnya bukan untuk diselesaikan tapi dia perlukan perkongsian dengan kita. Perbuatan kita mendengar dengan baik ialah bukti kita mencintai dan mengasihinya. Apabila kita mencintai seseorang yang kita cari adalah kebaikannya. Bukan kelemahan. Bukan kekurangan. Dan bukan juga kecacatannya. Melimpahkan harta kekayaan kepada orang yang kita cintai bukan bukti yang kita benar-benar mencintainya. Bukti kita benar-benar cinta kepadanya terletak pada kesediaan kita mendorong dia menyedari dan membangunkan harta kekayaan yang tersembunyi dalam dirinya. Untuk mendorong kita melakukan kebaikan bukanlah perkara yang berlaku sebelum kita melakukan kebaikan itu. Arahan, sindiran, tegahan, syarahan, nasihat, paksaan, dan leteran bukanlah alat yang berkesan mendorong kita melakukan sesuatu kebaikan. Mungkin ramai yang terkejut dengan kenyataan ini. Tapi inilah kebenaran. Inilah hakikat dan kenyataannya. Pendorong yang paling berkesan ialah apa yang berlaku selepas kita melakukan sesuatu kebaikan. Pujian, pengiktirafan dan ganjaran merupakan pendorong utama ke arah kebaikan. Kiranya kita melakukan sesuatu kebaikan yang terlalu kecil. Dan ada yang melihat kebaikan itu kemudian memberitahu dia nampak kebaikan yang kita lakukan, kita menjadi lebih terdorong untuk mengulangai perbuatan baik itu. Tapi sayangnya, dalam hidup kita seharian, orang yang kita sayang lebih suka mencari kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan secara tidak sengaja telah membesar-besarkan kesilapan itu seolah ia adalah satu dosa besar yang tak boleh diampunkan lagi. Sebagai manusia kita sebenarnya memiliki kehebatan kita masing-masing. Dan kebanyakan kehebatan itu timbul oleh kerana kita menerima dorongan daripada orang lain. Dorongan itu merupakan satu pengiktirafan atas kehebatan yang kita lakukan. Tetapi pengiktirafan itu terlalu payah untuk kita dapat walaupun dari orang yang kita sayang dan cintai. Pujian dan pengiktirafan mestilah kita beri kepada orang yang kita cintai. Memujinya bereti kita telah menolong dirinya untuk menikmati apa yang dia ingini. Pujian menyebabkan dia bertambah yakin akan kemampuan dirinya. Pujian akan menjadi dia lebih berkesan dalam apa jua usaha yang dilakukan. Untuk itu, kita perlulah memuji dan memberi pengiktirafan secara ikhlas dan jujur. Dan ingatlah, jika pujian dan pengiktirafan yang kita berikan itu sebagai taktik supaya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri kita sendiri, perbuatan kita akan menikam diri kita sendiri. Kerana orang yang menerima pujian kita punyai ketajaman mata dan telinga untuk membezakan antar pujian yang ikhlas dan jujur daripada pujian yang bermotif sebaliknya. Pujian yang tidak ikhlas adalah pujian yang banyak menggunakan perkataan jenis kata sifat. Kata jenis ini mampu menerangkan sesuatu tapi tidak jelas. Pujian-pujian sperti " Saya suka awak", "Awak baik", "Siapa boleh lawan awak", "You cantik", "Hebatlah you", "You terrorlah" , dan seumpamanya adalah pujian yang tidak ikhlas dan jujur. Pujian-pujian berbentuk kata sifat membuatkan orang yang kita cintai sangsi, ragu, curiga terhadap keikhlasan hati kita kerana perkataan itu tidak memberi apa-apa maklumat yang jelas dan tepat. Kalau kita memuji "you cantik " dia mungkin tidak faham apa yang ada pada dirinya yang kita kata dia itu cantik. Matanya, hidungnya, mulutnya atau apa? Dia pun tahu yang dia ada kelemahan di sana sini. Barangkali rambutnya terlalu kerinting, atau barangkali kulitnya yang sedikit hitam. Dia akan merasa sangsi. Dihatinya timbul kecurigaan yang kita memuji mungkin untuk mendustai dirinya supaya dia sukakan kita. Dorongan mempunyai kuasa ajaib kepada orang yang kita cintai. Dalam dorongan ujud pujian dan pengiktirafan. Cinta dan kehormatan adalah sesuatu yang istimewa dan sukar diperolehi. Tidak ada cara lain untuk mendapat cinta dan kehormatan kecuali kota sanggup memberi kedua-duanya. Oleh itu kiranya kita berasa kita tidak memperolehi kedua-duanya daripada orang yang kita cintai, kita perlulah memeriksa diri kita. Apakah kita memberi kedua-duanya dan secukup-cukupnya. Dan dalam soal ini pujian dan pengiktirafan adalah ganjaran yang boleh membuktikan cinta dan kehormatan. Pujian paling berkesan adalah pujian yang diberi ke atas perkara-perkara kecil, kerana ini membuktikan yang kita sentiasa memerhati semua sumbangan orang yang kita kasihi itu. Dan pujian yang paling berkesan hanya terdiri daripada dua patah perkataan sahaja iaitu " terima kasih '. Kata pujian ini dihargai oleh sesiapa sahaja termasuk diri kita sendiri. Dan jika sekiranya kita berasa terlalu sukar menyebut kata " terima kasih " ada cara lain untuk menyampaikan mesej itu. Kita boleh gunakan pujian secara tidak langsung tetapi membawa makna yang serupa. Bagaimana pun pujian itu perlulah dibuat atas perkara yang dilakukan. Misalnya kita memuji masakannya enak, rumah yang kemas, atau layanan yang mesra. Kita juga boleh menuji dia pandai melayan ibu-bapa kita, memanam bunga atau pandai memilih warna pakaian. Di sini, apabila kita memuji apa yang dilakukan, dia pasti tahu bahawa kita tahu dengan tepat apa yang kita puji itu. Pujian ini tentu saja mengukuhkan lagi perlakuan yang baik itu. Dan dia juga akan berasa yakin pada kebolehan dan bakat yang tersemat dalam dirinya. Inilah pujian yang positif. termasuk 'cakap'. Oleh yang demikian setiap malam, sebelum tidur, rancang apa yang akan kita lakukan untuk esok. Dan esok pagi buat perkara itu. Kalau malam itu kita rancang untuk memberinya hadiah, esoknya lakukanlah.Orang yang kita cintai adalah pelanggan kita. Dia makan apa yang kita hidangkan. Dia nampak apa yang kita buat. Dia dengar apa yang kita ucap. Ingatlah yang "pelanggan adalah raja" dan "pelanggang tidak pernah salah". Dialah pembeli dan pengguna bahan yang kita hasilkan, ucapkan dan tampilkan. Dia mengguna tuala yang kita cuci, meminum sirap yang kita bacuh, menafsir apa yang kita ucapkan. Dia adalah raja. Dan dia tidak pernah salah. Dia tahu apa yang dia mahu. Dia akan menetukan apa yang dia mahu. Kalau dia mahu sirap yang kita hidangkan manis. Jangan lupa lebihkan gula. Hanya dia yang tahu apa yang dia mahu. Tekaan kita mungkin salah. Ramalan kita munkin meleset. Oleh itu kita perlu tanya pelanggan kita apa yang dia mahu. Dan ingat! Jangan berikan apa yang dia tidak suka. Dalam mengurus seseorang yang kita cintai, tanya apa keperluan emosinya. Tanya kenapa dia suka kemanjaan. Kenapa dia suka kita berambut panjang. Tanya kenapa dia suka perempuan berkulit kuning langsat. Kenapa dia suka memancing. Atau kenapa dia suka di dukung. Pepatah ada menyebut, 'malu bertanya sesat jalan'. Bercinta juga ialah satu perniagaan. Produk yang kita niaga adalah perkhidmatan kita untuknya. Pastikan kita akan menjual produk yang bermutu tinggi untuknya. Jangan jual produk yang basi, layu, patah dan hapak. Kelak pelanggan kita akan lari. Kita yang rugi. Jualah produk yang segar, baru dipetik, baru digubah, baru dicipta, masih keras atau masih wangi. Jangan jual barang sama seperti yang pernah kita jual. Berikan barang baru dari masa ke semasa. Itu yang dia mahukan. Jangan ungkit cerita yang itu-itu sahaja. Jangan tanya solan yang itu-itu juga. Jangan ucapkan kata-kata: " Dulu awak", "Dulu awak", "Dulu awak", "Awak sayang saya tak?", "Awak sayang saya tak?" dan sebagainya. Pelanggan kita itu memang cerewet. Hari ini dia mahu begitu, besok sudah tidak mahu lagi. Hari ini dia mahu begini, tapi esok mungkin dia bertanya," tak ada yang lain ke?" Oleh itu kita perlu bersedia sepanjang masa menukar penampilan, pujian dan sebagainya. Tukar teknik, tukar stail dan cara pendekatan. Pelanggan kita adalah manusia. Ia sentiasa mengalami perubahan pemikiran, citarasa dan keinginan. Jangan takut mencuba resepi baru, panduan baru, ukuran baru atau warna baru. Yang penting kita "Buat, buat dan buat" dan kita "Cuba, cuba dan cuba" Ini lah seni bercinta. Cuba cipta yang baru. Lakukan yang baru. Ucap kata-kata baru. Biar dia terkejut. Biasanya dia akan suka. Dalam percintaan, apabila kita bercakap, buktikan yang kita ikhlas. Buktikan kita ingin megenali dirinya, perasaannya, dan fikiran-fikiranya. Buktikan juga kepadanya, kita berminat mengetahui cita-citanya, harapannya, minatnya, hobinya, kepercayaannya, pegangan hidupnya, kebimbangan-kebimbangannya ataupun keraguan-keraguannya. Tapi ingatlah! Pada waktu yang sama, jangan sekali-kali kita membuat penilaian dan keputusan ke atas apa yang diberitahu. Kita bukan hakim dan tidak ada orang yang suka di hakimi. Tunjuk dan buktikan yang kita bersikap terbuka. Dengan bersikap demikian kita telah memberikan kepadanya kehormatan diri. Keterbukaan juga mampu menerbitkan rasa saling percaya-mempercayai. Dalam keadaan ini kita ternya telah memberi sokongan dan dukungan emosi dan psikologi kepadanya. Dan dia sudah pasti akan menyenangi kita!Apabila dia sedang bercakap, kita jangan sibuk mencelah dan bercakap. Orang yang bersikap terbuka adalah orang yang sanggup mendengar. Dengar pendapatnya, fikirannya, dan idea-ideanya. Dengar juga keluhannya. Tetapi kiranya kita ikut sama bercakap tentu sekali dia tidak yakin kita berminat pada apa yang diucapkannya. Apabila kita berminat mendengar apa yang dicakap atau diucapkannya, dia akan berasa kita begitu rapat padanya. Barulah dia yakin, kita bukan sahaja kekasih tapi juga sahabat karibnya. Dalam keadaan begitu hubungan kita akan tumbuh, segar dan berkem

L.H-instinct

Tenaga apakah yang menggerakkan kehidupan?. Cinta dan kebencian. Kedua-dua itulah yang mewarnai sejarah hidup manusia menjadi putih atau hitam. Kerana cinta, Adam dan Hawa bersatu. Kerana cinta, Taj Mahal di India terbina. Dan banyak lagi bukti di dalam dunia nyata ini betapa angungnya cinta itu. Berawal dari cinta, cerita kehidupan diputar. Tapi sayang, sejak awal mula kisah sejarah manusia ini, cinta telah dikotori oleh kebencian. Kebencianlah yang menyebabkan Qabil membunuh Habil, sebuah tragedi paling tragis untuk pertama kalinya dalam sejarah kemanusiaan. Pembunuhan manusia oleh manusia. Ya, cinta dan kebencian pulalah yang saat ini kita saksikan meramaikan drama kehidupan. Dunia ini dipenuhi dengan kisah cinta yang begitu mempesona, juga kisah kebencian yang sangat memilukan. Cinta membuat dunia menjadi kelihatan 'hidup', damai, sejuk, indah, penuh pesona. Sebaliknya kebencian menjadikan dunia ini nampak membujur kaku seperti mayat, seperti perkuburan. Aromanya menyengat tak ubahnya bangkai. Bunga-bunga menjadi layu. Setiap mata menatap penuh kekosongan, kesedihan dan kepiluan. Cinta menawarkan titis-titis air yang sungguh menyejukkan. Setiap titisannya menghidupkan jiwa yang gersang. Tiap titisannya adalah syurga. Kebencian menyebarkan aroma darah, menitiskan air mata. Tiap titisnya membuat jiwa menjadi gersang. Tiap titisnya adalah api, membakar kehidupan. Panas yang luar biasa. Cinta menggerakkan kebaikan. Kebencian memunculkan kejahatan. Sejarah kebaikan adalah sejarah cinta. Sejarah kejahatan adalah sejarah kebencian. Maka tebarkanlah cinta di segenap penjuru dunia. Berjalanlah dengan cinta. Siramlah setiap relung jiwa yang hampa dengan cinta, niscaya ia menjadi hidup dan penuh pesona. Pada tahun 1932 Albert Einstein menulis surat kepada Sigmund Freud untuk bertanyakan pendapatnya. Antara kandungan suratnya berbunyi, Apa yang dapat dilakukan manusia agar terhindar dari kutukan peperangan? Pertanyaan itu muncul barangkali kerana dunia pada masa itu mash dihantui oleh Perang Dunia Pertama yang mengejutkan manusia diseluruh eropah, justeru akibat kerosakan dan penderitaan yang harus ditanggung oleh mereka. Sebagai seorang yang mempunyai keahlian ilmu jiwa, Freud menjelaskan dalam surat yang ditulis sebagai esei yang terkenal iaitu Why War (Mengapa Perang). Dia menghuraikan tentang adanya dua insting atau lebih mudah disebut sebagai sifat utama manusia iaitu insting Cinta dan insting Benci. Insting cinta itu baik. Kerana manusia yang memiliki insting ini akan mempunyai sikap positif dengan membawa kepada sikap peduli dan saling memberikan kasih sayang. Ini mengandaikan adanya kepedulian terhadap hidup orang lain, keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan orang lain. Namun begitu insting ini juga membawa sekaligus insting kebencian kalau sikap cinta dan kasihnya terhadap orang lain disertai dengan niat memiliki kepada yang dicintainya itu. Dengan itikad ingin memiliki itu, maka terjadilah penguasaan, diktator dan penjajahan dari sipencinta kepada yang dicintai. Dan kalau perasaan merasa tidak bebas dari yang dicintai ini memberontak, maka terjadilah konflik. Dan konflik ini selalunya diakhiri dengan pemberontakan dan saling mengadu kekuatan. Siapa yang kalah akan menjadi hamba dan siapa yang memang akan menjadi majikan atau dengan kata lain menjadi penguasa. Maka dari itu bermulalah penderitaan manusia. Pada dasarnya hal-hal yang mirip dengan kedaan sedemikian dapat dilihat dalam praktikal kehidupan sehari-hari kita. Contohnya kedua ibubapa sering mengatakan dirinya sangat mencintai anak-anaknya, seringkali berubah menjadi diktator kepada anak-anaknya. Mereka mahu membentuk anak-anak itu mengikut kemahuanya sendiri. Anaknya mesti menjadi seorang doktor agar hidupnya kelak tidak sia-sia dan mempunyai masa depan yang baik meskipun si anak merayu mahu memilih jurusan dalam bidang kesastrawan atau mungkin bidang-bidang lain yang sangat jauh bezanya dari bidang kedoktoran. Inilah salah satu konflik yang banyak terjadi dalam masyarakat kita. Bila hal-hal ini terjadi, kebanyakkan dari orang tua akan mengunakan kuasa veto' mereka kepada si anak tadi supaya harus mengkuti kemahuanya. Dalam hal ini, kebahagiaan siapakah yang ingin diwujudkan? Kebahagiaan ibu bapa atau kebahagiaan anak? Dalam akhbar harian atau tabloit mingguan seriang kita membaca tentang berita ada seorang lelaki yang telah beristri mencintai seorang gadis yang masih dara. Lalu cinta si lelaki tadi berbalas. Akan tetapi apabila istri kepada si lelaki tadi mengetahui bahawa suaminya mencintai wanita lain yang masih muda jelita apa lagi ianya masih dara, berkobarlah rasa bencinya dan dengan begitu tega membunuh si wanita jelita yang dicintai suaminya itu. Insting cintanya telah berubah menjadi insting merosakan dan membenci, kerana lelaki yang telah mempunyai istri tadi ingin memiliki si gadis bagi kesenanganya sendiri. Boleh jadi juga si istri yang sebelum itu sangat mencintai suaminya akan turut sama membunuh suaminya kerana cintanya telah bertukar menjadi benci dengan mendadak. Ada juga sebuah sekolah yang sangat ingin menjadi sekolah terbaik dalam negeri itu bahkan sangat ambisi untuk menjadi salah satu dari 10 buah sekolah yang terbaik dalam negara dengan tingkat kedisiplinan yang tinggi yang secara luaranya sangat terpuji. Maka demi ambisinya itu pemimpin sekolah tersebut sama ada Pengetua atau Guru Besar termasuk guru-guru pengajar menjadi diktator atas murid-muridnya. Dijalankan disiplin yang keras dan berunsur paksaan untuk belajar di luar kewajaran. Hari-hari murid, di sekolah atau dirumah, harus diisi dengan belajar dan belajar. Murid-murid dijadikan korban atas ambisi dan cita-cita sekolah. Dari episod-episod diatas dengan mudah kita membuat kesimpulan betapa insting cinta boleh berubah menjadi insting benci jika disertai niat menguasai. Ajaran-ajaran moral terbesar dalam sejarah umat manusia selalu menekankan adanya kasih sayang, cinta antara sesama manusia. Cintailah orang lain seperti saudaramu, meskipun ia berlainan budaya, berlainan kelas sosial, berlainan bangsa, berlainan negara, berlainan agama, usia, keturunan hingga berlainan taraf kehidupan. Cinta menyatukan, mendamaikan, membahagiakan dan menyenangkan. Kebencian pula melahirkan konflik, kekerasan, perosakan, kebinasaan dan kehancuran umat manusia. Seperti yang dikatakan Freud, naluri cinta itu berubah menjadi benci kalau disertai dengan nafsu ingin memiliki, iaitu dijadikan objek yang dicintai itu sebahagian dari kebahagiaan dirinya sendiri. Pemikiran ini dikembangkan oleh Erich Fromm dalam bukunya yang terkenal To Have and To Be (Memiliki Dan Menjadi). Cara hidup ingin memiliki sebenarnya adalah naluri cinta yang berakhir dengan penderitaan, kerosakan, kebinasaan sehingga kematian dari yang dicintai. Cara hidup menjadi inilah hakikat cinta manusia yang sesungguhnya. Kita mencintai seseorang bukan demi kepentingan semata-mata, tetapi demi yang kita cintai agar tumbuh dan berkembang mencapai kebahagiaanya sendiri. Dengan menolong orang lain, kita menjadi seorang penolong. Dengan memberi kepada orang lain, kita akan tumbuh menjadi seorang pemberi. Dengan melakukan kebaikan terhadap orang lain, diri kita akan tumbuh menjadi orang baik. Nafsu ingin memiliki ini pula berpusat pada kepentingan diri sendiri. Dengan memiliki kita akan menguasai dan bebas mempergunakan kepemilikan kita untuk kebahagian kita sendiri. Dalam cara mencintai dan cara hidup ini, maka harus ada yang manjadi korban kepemilikan. Anak menjadi korban kepemilikan ibubapa, si gadis menjadi korban nafsu seksualiti lelaki beristri, murid-murid menjadi korban atas pemburuan ranking nasional. Dari hal demikian, siapakah yang sebenarnya bahagia? Kita mencintai anak-anak kita justeru kerana sedar bahawa mereka adalah manusia dengan karakter dan bercita-cita lain dan tidak sama dengan kita sebagai ibubapanya. Kewajipan cinta kita pada mereka adalah membantu mewujudkan apa yang di inginkan dan apa yang boleh membantu mereka bahagia oleh kita kepada mereka yang kita cintai. Mencintai , menolong, membantu, berbuat baik kepada orang lain boleh berubah menjadi tindakan diktator dan berakhir dengan jatuhnya korban percintaan, kalau kondisi dan keperluan yang kita cintai tidak di perhitungkan. Mencintai orang lain, berbuat baik untuk orang lain, ternyata tidak semudah yang kita duga. Mencintai dan berbuat baik itu bukan sekedar niat dan tindakan, tetapi juga dengan pengenalan, pengetahuan, pengorbanan, strategi terhadap yang kita cintai dan yang paling utama adalah keikhlasan mencintai tampa ada mempunyai rasa ingin memiliki terhadap sesuatu yang kita cintai itu. Kalau tidak demikian, maka cinta boleh menjadi malapetaka bagi yang kita cintai itu. Kalau anda jatuh cinta, anda ingin tahu secara terperinci hidup orang yang anda cintai. Misalnya ketika pertama kali bertemu dalam kereta api atau dalam bas dalam sebuah perjalanan yang panjang. Bagaimana riwayat hidupnya, keluarganya, bintang horoskopnya, kesihatanya, cita-citanya dan lain-lain dalam erti kata hal-hal yang terpenting dalam hidupnya. Dan anda mempergunakan taktik melalui informasi itu untuk menyusun strategi bagaimana lebih jauh menaklukan hatinya. Kalau kita mencintai orang miskin, orang menderita stres (dalam tekanan), orang kena musibah, orang yang sedang bingung, maka kita harus berbuat yang sama sepertinya dan turut merasakan betapa anda simpati dan ingin membahagiakannya. Surat Einstein kepada Freud menyangkut hal-hal berkenaan dengan perang dan penderitaan serta membuat beberapa andaian kemungkinan lenyapnya spisis bernama manusia akibat perang dimuka bumi ini. Konflik kepentingan, kepemilikan, pemusnahan adalah naluri kebencian manusia. Seperti cinta, manusia juga harus mengenali, memahami dan merasakan akibat kebencian terhadap orang lain. Dannion Brinkley yang menceritakan pengalaman mati sehingga dua kali dalam bukunya yang bertajuk Saved By The Light, mengisahkan bagaimana dirinya merasa rendah dan hina oleh kejahatan-kejahatanya memukuli orang lain semasa hidupnya. Ia bukan sahaja ingat secara terperinci akan perbuatanya, tetapi juga suasana dan perasaan si korban semasa dia menganiayanya. Dengan mengenali dan merasakan akibat kejahatanya, jiwa Brinkley menilai perbuatanya sendiri yang tidak baik itu. Mengenali dengan baik penderitaan, kebahagiaan, keinginan, kekuatan dan kelemahan yang kita cintai atau kita benci, kiranya dapat mengajar dan memberikan keinsafan kepada kita agar kita mencintai orang lain dengan lebih baik dan benar. Mencintai sesama manusia itu tidak semudah yang difikirkan. Lebih mudah untuk ditulis dan dihuraikan serta dianalisis dari dijalankan atau di praktikalkan. Sebab cinta itu perbuatan nyata tetapi juga tidak nyata. Kerana ia melibatkan perasaan yang disertai dengan niat yang baik. Dan niat itu juga haruslah dibekali dengan keikhlasan dari keinginan untuk memiliki dan menguasai. Dan perasaan serta perbuatan itu hanya ada dalam diri si pencinta dan yang dicinta. Maka pengetahuan dan pengenalan ketiga unsur cintai itu harus di fahami sebelum terlibat dengan apa yang dinamakan CINTA.

Sunday, August 15, 2010

the beautiful night

the beautiful night

The lights began to show its strength shine in every city life
And the colors seen on the street illuminated at every corners in the city
People passing by many to get or seek money
entertainment and whatever else we can do to enjoy the night that was so challenging
Do not you feel dizzy brain aching bodies let us eliminate
because this night was very beautiful to make anyone not be able to stay at home
watch TV or watch what the same friend or OO'nya
I do not care and think about it I better enjoy it because ...
Tonight is filled with beautiful colors that decorate the corners of the city always
It's a beautiful night with the always illuminating angle cahya city
Five minutes past eight o'clock is a very appropriate time tuk out of the house
and went to continue somehow stepped foot anywhere
Kujajaki street by street to enjoy my tuk sank because all
people were just happy I can not bear to see them just one-one
passed away and

From pdad are guy like Pinocchio mending the disco haa ... rah-rah to the disco days
This happens because tonight a beautiful night with my friends
Smoking joking and laughing off ...
Tonight is filled with beautiful colors that decorate the corners of the city always
It's a beautiful night with cahya pehuh always illuminate corners of the city
Start festive gala party everywhere because everyone was
have fun celebrating

anything to fill this wonderful evening began noisy music
bothered bothered invited to immediately sway hai yo LD, CD, cassette and TV
that always accompany our
</meta>Sedihpun issued a miracle to make people so happy and sad
he would not disturb a calm person so that all finished laughing merrily as
This night was very beautiful to make people sad so excited ...
Tonight is filled with beautiful colors that decorate the corners of the city always
It's a beautiful night filled with cahya are always illuminating corners of the city
<meta http-equiv="i love teddy lalalalalalala" content="10">
<a href="http://info-slank.blogspot.com">klik disini</a>

Wednesday, August 11, 2010

My Mother

My Mother
He is a strong woman I've ever kenal.setiap hope his words are precious to me, every sacrifice of his labors is no reply from me and every heartbeat is a way to get something that can make small kluarga survive without his angel ... how I want to kneel and loose ma tears under your feet, begging without a blessing from heaven that you say never open .... but why eat, why this step is so hard to reach heaven, until now I want to repeat the past with ma beautiful, a story of the past that will always recorded in my memory ... spoiled nan hung above your lap while listening to a story that probably could not understand at that time .. until my eyes finally fell asleep and come to the heaven when it ...

Mother

I Loving You

when I got hurt maybe just one thing I can do, CRY
Cry about something that did not need me crying
now he's not mine anymore,
but honestly this heart could not lie, I really do not want to stay away from you
although probably often times you made me hurt and cry

much think this would never ilank until whenever
how stupid of me now
I try to hold everything, deraian tears, lupakanmu and all our memories

but ....
I will never be, the more resistant Senakin my chest pain and shortness of this I guess
the more I try lupakanmu, the stronger you are in my memory
because there's nothing to like you


god, if the tears that had fallen was a time will change
transformed into kebahgiaan
please help me get through all this myself


Falling In Love


Loving You

How falling in love: Fall but jgn staggered, consistent but jgn force, sharing and jgn be inequitable, understand and try not unt demanding, sad tp jgn never save the sadness.

The new love that is given to blindly incomer menghargainya.Jd jgn terburu2 and select a best.

Love is not how mnjd couples who "perfect" for someone, tp how to find someone to help you mnjd sentient self.

Jgn prnh say "I Love U" if km do not care, do not talk about the feeling prnh ada.Jgn prnh prnh not touch someone's life if it will destroy hatinya.Jgn prnh kalu who looked into his eyes you do is lie.

The most cruel thing to do for someone who someone else adl let it fall in love, while you do not intend to catch unt,,,,

Love is not "This One You", tp "Forgive AQ". Not "You Dmna Sih?", Tp "Aq Dsni". Not "How Sih You?", Tp "You know Aq Kok". Not "Just You Rich Gini" , tp "Aq love you like you know what is."

Only felt sadness and longing for who you want, and cut as deep as you who are not heavy izinkan.Yg how to cope with sadness and longing, tp how to learn from him ...

It hurt to see someone who you love is being happy with someone else, tp hurts even worse when you love someone who is not happy with you.

Love will be painful when you split up with someone, even more painful when you are forgotten by kekasihmu.Tp Love will hurt even more if you love someone who does not know what you really feel.

Most pathetic estate adl find someone and fall in love, only to find that dy is not unt unt you and you've spent a lot of time unt Unresponsive prnh someone appreciates it.

Tp you're not a bad person if you still love dy, despite knowing dy created not for you ....